Pasar Kota Jembal Berwajah Baru

Pada cuti persekolahan yang baru je lepas, saya telah pulang ke kampung halaman bersama-sama anak-anak untuk bertemu dengan Bonda dan Sanak Saudara.
Alangkah terkejut bercampur kagum dengan perubahan yang berlaku di kampung Ku. Bukan saja namanya bertukar tetapi mercu tandanya juga turut bertukar wajah. Kalau dulu kampung Ku dikenali dengan Kampung Kedai Lalat, tetapi kini telah ditukar namanya kepada Kota Jembal. Kenapa nama asal Kedai Lalat diberi nama bukan kerana di sana ada jual lalat atau banyak lalat, tetapi mengikut cerita orang tua-tua .....(nanti saya cerita kemudian).

Nama Kota Jembal berasal daripada nama salah seorang Raja yang memerintah Negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Raja Jembal. Raja Jembal merupakan salah seorang Raja yang memerintah dan mendirikan istananya di  kampung Ku. Kesan peninggalan pemerintahan Raja Jembal masih terdapat sehingga kini. Turut bertukar wajah ialah pasar pagi yang diadakan setiap pagi Jumaat yang mana menjadi tumpuan kaum petani dan nelayan memasarkan terus hasil mereka. Bagi pembeli pula Pasar Kota Jembal merupakan syurga membeli belah bagi mendapatkan bekalan keperluan seharian yang segar da  murah.  Pasar pagi kini ditukar nama kepada Pasar Kota Jembal turut berwajah baru tetapi masih mengekalkan ciri-ciri binaan Negeri Kelantan.

Kunjungan saya ke Pasar Kota Jembal mendapati keadaan suasana masih lagi meriah seperti dulu tetapi lebih teratur dan moden yang telah disediakan oleh pemerintah. Terima kasih Pemerintah yang memberi kemudahan kepada rakyat.





Suasana kemeriahan di Pasar Kota Jembal masih seperti dulu dengan jualan pelbagai bahan seperti kuih muih tradisi kelantan, sayuran, ikan dan keperluan lain.







Salah satu makanan yang menjadi kegemaran saya sejah dari zaman kanak-kanak lagi ialah "Etak Salai'. Etak ialah sejenis hidupan di dasar sungai seperti  kerang. Ianya sangat disukai oleh kanak-kanak.

Saya kira setakat ini dulu catatan saya berkenaan dengan kemeriahan Pasar Kota jembal (Pasar Kedai Lalat). Jika ada kesempatan saya akan coretkan lagi tentang kemeriannya... Salam.



2 comments:

  1. As salam boss,
    saya suka klu bab2 makan, citer byk yea. senang nk rujuk cari tmpt makan.. baguss...
    Tkasih..

    ReplyDelete