Pro One Badminton




Macam biasa setiap pagi Sabtu saya akan bersama adik akan meluangkan masa beriadah dengan bermain badminton. Sebenarnya lokasi gelanggang tempat kami beriadah agak jauh juga dengan tempat tinggal kami. Saya di Shah Alam manakala adik saya di Sg Buloh. Tetapi oleh kerana minat punya pasal jauh pun tak jadi hal.

Tentunya anda semua tertanya-tanya kenapa memilih gelanggang yang terletak di Pro One Badminton Court - Wangsa Maju, Kuala Lumpur sebagai tempah beriadah. Sebabnya adalah kerana semua rakan yang lain tinggal berdekatan dengan lokasi gelanggang. Hanya kami berdua je yang agak jauh sedikit. Jadi terpaksalah berkorban sikit...

Sebenarnya gelanggang ini juga pernah menjadi tempat latihan Skuad Badminton Kebangsaan/Nusa Mahsuri. Kadang-kadang jika bertembung dengan skuad Nusa Mahsuri yang di ketuai oleh Datuk Misbun, team kami hanya menjadi pemerhati tanpa ada rasa minat nak bermain lagi.. Kagum dengan latihan Datuk Misbun latih anak-anak buahnya. Syabas Datuk..(Idola saya tu...)

..Salam..

No comments:

Post a Comment