Sebagaimana yang tuan-tuan sedia maklum, suasana perniagaan di restoran mamak sentiasa meriah. Tak kira waktu dan ketika. Penuh sentiasa. Pendek kata, para pekerjanya tak ada masa nak berehat. Bermula dari tukang bancuh air hinggalah ke tukang tebar roti canai. Tak pernah henti. Tahu tak kenapa dan apakah puncanya?
Antara punca kenapa suasana di kedai mamak sentiasa meriah adalah seperti berikut:-
- Pelbagai cita rasa- bermula dari roti canai hinggalah ke sea food. Western food pun tak ketinggalan.
- Lokasi strategik - Biasanya terletak di coner lot. Senang nak tambah meja kat petak paking. Walaupun kadang-kadang agak melampau juga.
- Service 24 jam - kalau dikaji tak ada kedai mamak yang tidak beroperasi 24 jam. Tak kira hari cuti atau berkerja. Malah bulan puasa pun buka. Ini yang tak bagus, boleh dijadikan port bagi golongan tertentu....Faham-faham je lah.
- Ada wifi percuma - walaupun kadang-kadang oder satu gelas minuman dan duduk berjam-jam. Tak apa.. Orang nampak kedai dia meriah sentiasa.
- Banyak pekerja - walaupun kadang kala kecohnya lebih.
- Ada screen besar siap dengan astro - terutama waktu perlawanan bola.
- Membenarkan peniaga tumpang dengan gerai kecil menjual pelbagai makanan seperti laksa, sate, otak-otak dan banyak lagi., Dah jadi konsep food court pula..
- Tiada perasan dan sifat dengki dengan pesaing yang lain.
- Tentang harga... sembelih juga..tapi bolehlah..
- Kualiti..Macam tu juga...
- Kebersihan... sederhana je.. tapi menjadi tumpuan..Tu yang hairan.
- Awet cun... ughh .. haram... mamak tulah juga yang jadi pelayan...
No comments:
Post a Comment