Tom Yam Sea Food - Atas Lori


Pernahkah tuan-tuan makan atau berkunjung gerai Tom Yam atas lori, Ini cerita benar. Tak bohong punya. Saya pernah singgah di satu tempat di Saujana Utama,... Dekat UITM Puncak Alam. Di sana ada satu gerai yang agak unik sedikit. Segala kerja masak-memasak dilakukan di atas lori. Gerai ini dibuka setiap hari bermula pada waktu petang hinggalah ke lewat malam. Atau pun sehingga bahan jualan habis...Lokasi tepat.. di hadapan masjid Saujana Utama..Kalau yang selalu ke masjid..tentu tak susah untuk mencarinya.

Pelbagai menu disediakan...Ala sea food. Kualiti... Boleh tahan... Berbanding dengan sea food di kedai mamak tu...Harga.. Standard...

Kalau nak cuba..boleh berkunjung ke Saujana Utama, Dekat Puncak Alam.

...Salam..

No comments:

Post a Comment