Karnival Sukan Kerja Raya 2012

Pada 11-14 Julai 2012, saya kerkesempatan untuk menyertai Karniva Sukan Kerja Raya yang diadakan setiap dua tahun. Penyertaan terdiri daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia seramai 30 kontingen. Karniva kali ini bertempat di Negeri Terengganu.. Negeri Cantik... Budaya Menarik.. Iklan Terengganu pula....


Pelbagai acara dipertandingkan.. antaranya.. badminton, ping pong, futsal, sepak takraw, bola jaring... Banyak lagilah... Saya pula menyertai pasukan badminton... wakil syarikat dengan posisi bergu veteren.. (orang lama).


Sepanjang KSKR 12, kami semua berkampung di Universiti Malaysia Terengganu. berdekatan dengan Lapangan Terbang. Cantik betul UMT... Hampir semua acara berpusat di UMT, cuma beberapa acara terpaksa dilansungkan di luar UMT.  Antaranya di TER (Terengganu Equestrian Resort). Agak Jauh sikit..


Kontingen kami menginap di satu resort baru, Quinara Resort... berdekatan dengan UMT.  Suasana dan keadaan agak selesa juga.. yang bercirikan keislaman.. (nanti saya cerita dengan lengkap..pasal Quinara Al Safir Resort ni)..


Secara keseluruhan KSKR 12 di pelopori oleh PLUS dan KKR - Kementerian Kerja Raya... Al maklumlah Depa.. punya skuad besar. Banyak pemain berbakat... Syarikat yang kecil ni... kalau nak menang terpaksalah import pemain luar. Itu yang tak best tu...Hangat..!!!!!


Penutupnya pula disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya... dalam majlis yang meriah. Dengar khabarnya dua tahun akan datang akan diadakan di Utara Tanah Air....Hai.. Ke Utara pula lah kita nampaknya...



Upacara Penutup Disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya

Stadium Tertutup Komplek Sukan Gong Badak . K. Terengganu

Jumpa lagi,,, di Utara Tanah Air ...2014..... salam.

 


 

No comments:

Post a Comment