Bazar Ramadhan - Stadium Shah Alam
Hari pertama menyambut Ramadhan, saya berkunjung ke Bazar Ramadhan di Stadium Shah Alam. Pelbagai juadah boleh didapati di sana. Saya sebenarnya hendak mencari Sup tulang. Anak bujang saya teringin hendak makan sup. Pusing punya pusing barulah bertemu dengan satu gerai yang menjual sup. Pelbagai sup yang dijualnya. Antaranya sup gear box yang menjadi rebutan di kalangan pengunjung bazar ramadhan.
Tengah seronok menjelajah keseluruh bazar ramadhan, terserempak dengan satu gerai yang menjual colek buah (rojak buah). Perhhh..!!! meleleh air liur.... Kalau kat Kelantan, memang popular, terutama selepas solat tarawih.
Satu lagi juadah yang tak kurang sambutannya ialah Gulai Kawah. Agak sesak juga gerai ni.. nak beli kena tunggu giliran. Satu bungkus harganya cuma RM5.00. Kalau perkena dengan roti .. sedap juga.
Pendek kata Bazar Ramadan kat Stadium Shah Alam, memang ada kelas... berbagai anika jualan... cuma yang tak bestnya.. agak jam sikit... sikap orang ramai yang letak kereta ikut sedap depa je...
Itu saja dulu... Jumpa di lain Bazar Ramadhan....Salam..
terliur tengok. Bazar Ramadhan Seksyen 13 Shah Alam (tepi stadium) mmg bess.
ReplyDeletePernah singgah situ semata2 nak cari nasi kerabu
Selaseh : Tahun ni tak kurang hebatnya.. cuma harganya je yg semaking meningkat.
Delete