Masuk Jawi (berkhatan).. Tmn Alam Budiman
Bila mula cuti persekolahan pada hujung tahun, banyak perkara yang kanak-kanak sekolah teringat dalam kepalanya. Ada yang ingat tempat-tempat menarik untuk pergi bercuti. Ada yang bersorak gembira kerana dapat pulang ke kampung. Jumpa Atuk dan Nenek. Dapat main kat sawah, tangkap ikan di bendang. Tak pun dapat main air bah (banjir). Biasanya kat Pantai Timur.
Tetapi dalam pada itu, ada juga yang berduka bercampur takut. Apa tidaknya terpaksa "Masuk Jawi"... Bukan belajar jawi.. Perkara yang sering dibincangkan dikalangan mereka apabila tiba musim cuti sekolah yang panjang. Ini kerja kanak-kanak lelaki... Kanak-kanak perempuan tak boleh masuk campur. habis-habis pun cuma boleh gelak je...
Di taman-taman perumahan terdapat banyak program 'Masuk Jawi' yang dianjurkan secara beramai-ramai. Tak kurang juag iklan kat klinik-klinik swasta. Berbagai harga dan teknik moden ditawarkan. Kalau kat kampung, musim Tok Mudim meraih pendapatan yang lebih.
Hari ini, saya nak kongsikan acara 'Masuk Jawi' yang diadakan Di Taman Alam Budiman, Shah Alam yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Alam Budiman. Agak ramai juga kanak-kanak yang mengambil bahagian dan sekaligus berhijrah dari alam kanak-kanak ke alam dewasa selepas menyertai program ini.
Program bermula dengan acara ucapan dari penganjur dan selepas itu kanak-kanak yang bakal 'Masuk Jawi' akan didokong/gendong oleh bapa masing-masing untuk ketempat acara mandi-manda. Pihak penganjur meminta khidmat Abang Bomba dan Abang Syabas untuk membekalkan air dan memancutkannya.
Kelihatan kanak-kanak begitu riang sekali mandi-manda daripada pancutan air bomba dan syabas menggambarkan yang mereka terlupa akan saat 'Masuk Jawi' sekejap lagi... he..he..siaplah kau...!
Akhir sekali, buat adik-adik yang 'Masuk Jawi', Selamat Datang Ke Alam Dewasa...
Salam.
Cekli.
No comments:
Post a Comment