Pada pertengah bulan Mac yg lalu saya menghantar Puteri saya yang kedua mendaftar sebagai warga MRSM Parit. Ini kali pertama saya menjejak kali di bumi Parit. Sebelum ini cuma dengar namanya dan loghratnya sahaja. Itu pun Mr. Os yang memporpularkannya. Parit, satu pekan kecil yg terletak di tepi Sg Perak, nyaman dan masih terpelihara. Macam dulu... cuma Sg Perak saja yang berubah warnanya.
Selepas ini Parit akan menjadi tumpuan para ibu bapa yang menghantar anaknya untuk menjadi warga MRSM Parit untuk menimba ilmu dan menjadi insan yang berjaya kelak.
Apa pun, selepas ni saya akan kerap bertandang ke Parit. "Parit Kau Mula Bertakhta Di Hati".
Akhir sekali... tunggu...coretan yg akan datang tentang MRSM Parit... Assalam.
No comments:
Post a Comment