Pada cuti Hari Raya 2013 yang baru saja berlalu, semasa saya pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga. Oleh kerana cuti yang diluluskan oleh Syarikat pada tahun ini bermula lebih awal, maka berpeluanglah saya bersama keluarga untuk berkunjung ke Pantai Irama Bachok yang terletak tidak beberapa jauh dari rumah Bonda.
Dalam perjalanan, sempat saya singgah di satu tempat yang pada masa kecil dulu, tempat bermain dan memancing bersama-sama dengan teman sekampung. Inilah dia pemandangan Pengkalan Petah. Jeti tempat pendaratan para nelayan membawa hasil tangkapan.
Yang saya nak coretkan pada kali ini, bukannya tentang Pengkalan Petah, tetapi tentang Pantai Irama Bachong yang mengalami perubahan yang ketara sekali.
Pantai Irama Bachok yang dulunya landai dan terkenal dengan alunan ombaknya yang penuh dengan irama yang shahdu, kini bertukar garang. Tiada lagi irama yang mengasyikkan. Irama ombaknya menghempas garang ke batu yang diletakkan oleh Pihak Berwajib untuk menghalan hakisan. Malang sungguh Pantai Irama Bachok ini, Mangsa hakisan yang mungkin angkara keangkuhan manusia itu sendiri, yang tidak tahu memelihara Alam sekitar anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Apa-apa pun BUMI KELANTAN SEMAKING KECIL.
Pun begitu, anak-anak tetap riang bermain dengan ombak dan pantainya. Mungkin suatu hari nanti anak-cucu kita tidak lagi berpeluang bermain seperti ini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment