Masjid As-salam Puchong Perdana

Masjid As-salam di bina di atas tasik Puchong Perdana merupakan salah sebuah masjid yang terbaik di Negeri Selangor, khususnya dari segi pengurusannnya.  Masjid ini telah dianugerahkan masjid terbaik bagi tahun 2014.


Masjid ini merupakan salah satu masjid yang menjadi pilihan saya untuk menunaikan solah Jumaat pada setiap minggu. Ianya adalah kerana berdekatan dengan tempat kerja dan di sana juga terdapat aktiviti perniagaan yang dijalan secara kecil-kecilan oleh para peniaga. Bermula dari makanan, ubatan hinggalah peralahan telekomunikasi.

Terdiri dari dua tingkat ruang sembahyang yang mana ruang solat utama terletak dibahagian atas yang suasana nya sentiasa nyaman oleh tiuppan angin dari tasik. 

Bagi saya, satu yang istimewa ialah terdapat satu gerai yang menjual sup tulang yang "kaw" dengan pakej yang menarik. RM8.00 semangkuk sup dengan nasi putih berserta air. Pendek kata.. sesiapa yang pernah merasai sup tersebut, pasti akan datang lagi.

Bagi pengunjung yang berdekatan atau yang kebetulan melalui kawasan tersebut, bolehlah singgah untuk solat jumaat sambil mengalami sendiiri aktiviti yang ada di sana.

Akhir kata, Syabas kepada Pengurusan Masjid As-Salam - Puchong Perdana.


As-salam.
Cekil.





No comments:

Post a Comment