Pada 16hb September 2014, sempena cuti umum Hari Pembentukan Malaysia, saya sekelurga berkesempatan untuk berkelah di Hutang Lipur Sg Kanching. Perjalanan kami bermuda di Seksyen U10 Shah Alam, melalui Lebuhraya GCE dan Lebuhraya LATAR menghala ke Rawang - KL.
Awal pagi lagi, Isteri telah menyediakan kelengkapan yang perlu dibawa termasuk beberapa juadah untuk kami sekeluarga menikmatinya di sana nanti. Anak saya yang paling kecil tak habis-habis mengingatkan saya supaya membawa khemah serta senapang air. Terbayang di fikiran saya betapa seronoknya dia orang di sana nanti.
Hutang Lipur Sg Kanching terletak di antara Rawang - Kuala Lumpur, berdekatan dengan Hutan lipur Taman Templer mempunyai padang yang luas di bahagian bawah yang sesuai untuk aktiviti berkempulan dan di bahagian atas sesuai untuk mandi manda.
Kami hanya berkhemah di bahagian bawah sahaja kerana anak-anak kecil suka main air yang agak cetek dan senang untuk memasang khemah. Yang paling penting berdekatan dengan gerai jualan barang-barang keperluan.
Pada kunjungan kami yang sebelum ini, terdapat satu tarikan istimewa yang terdapat disini. Tarikan itu adalah terdapat sekempulan kera-kera liar yang sentiasa mencari dan berkongsi makanan daripada pengunjung. Tetapi malangnya kunjungan kali ini. bilangan kera tersebut jauh berkurangan.
Kunjungan kali ini amat mempersonakan disamping dapat meluangkan masa bersama insan-insan yang disayangi semuga dapat mewujudkan satu keluarga yang harmoni dan penuh dengan keriangan.
Hutang Lipur Sungai Kancing... Sehingga Berjumpa Lagi..
As-salam
Cekli.
No comments:
Post a Comment